Kejadian berlaku di kampung Choriyakhola Bisiondoi, Golokgunj yang terkenal sebagai habitat haiwan itu.
Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.
Roy dan dua ahli keluarganya dimasukkan ke hospital awam Dhubri dan dikatakan kritikal. Seorang mangsa cedera parah di muka.
Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan.
Tiada statistik rasmi mengenai kematian harimau bintang yang dibunuh oleh penduduk, tetapi laporan tidak rasmi meletakkan angkanya adalah kira-kira 70 antara tahun 2005 hingga 2011, menurut Indian Express.
Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri. - sumber

0 Response to "Orang Kampung Marah! Gantung Harimau Bintang"
Post a Comment