Maisy Keetch, tujuh tahun, mengalami Epidermolysis Bullosa, yang bermaksud lapisan atas kulitnya tidak dirajut sekata.
Pelukan ibunya "Amy" boleh menyebabkan ruam merah yang kelihatan seperti terbakar.
Beliau terpaksa berhati-hati bermain dengan kanak-kanak lain dan doctor mengesahkan ia hanya mempunyai jangka hayat hanya 30 tahun.
Maisy, penyakit yang juga dikenali sebagai sindrom rama-rama kerana kulitnya adalah rapuh seperti sayap serangga, sentiasa berbalut dan memerlukan ubat untuk sepanjang hidupnya.
Amy dari London Tenggara berkata: “Sebaik dia dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena. Dia meraung sekuat-kuat hati. Tangannya dilitupi tanda gelap dan lidahnya merah menyala. Mulanya saya terkedu. Akhirnya, saya menyedari, bayi saya memerlukan saya untuk menjadi kuat.” Amy belajar daripada jururawat cara-cara menjaga Maisy, termasuk membalutnya serta memberitahu anak sulungnya, Harry yang ketika itu berusia empat tahun supaya berlembut dengan adiknya.
Bagaimanapun, wanita itu mengaku, setiap pagi dia bergelut apabila Maisy bangkit dari tidur dengan lecuran baru dan menjerit kesakitan. “Saya terpaksa memeluknya dengan begitu berhati-hati. Saya akan mandikannya dengan salap khas,” katanya kepada majalah love it! Amy juga menceritakan bagaimana kecederaan Maisy bertambah teruk apabila dia membesar.
“Mulanya dia cuba menggosok kulitnya yang melecur, tetapi ia menyebabkannya sakit. Merangkak juga membuatnya sakit. Saya terpaksa meletakkannya di dalam ‘walker’ yang dialas dengan kapas. “Satu hari ketika berjalan di luar dengan memimpin tangannya, dia jatuh. Saya menarik tangannya tetapi kulitnya mengelupas, tergantung seperti sarung tangan.” Bagaimanapun, Maisy yang sering menggunakan kerusi roda kerana kakinya terlalu sakit untuk berjalan, sudah tahu untuk menjaga keadaannya. Dia memberitahu kanak-kanak lain di tadika supaya mereka lebih berhati-hati apabila bermain dengannya.




0 Response to "Pelukan Ibu Menyebabkan Kulit Budak Ini Melepuh Dan Menggelupas."
Post a Comment